Tiga Tahun Azura Couture Tunggu Erin Malek Bayar Hutang Baju Kahwin!

Nampak gayanya pereka fesyen terkenal, Azura Mazaruddin, pemilik Azura Couture, tidak tahan lagi dengan pelakon Erin Malek. Ini kerana Erin telah gagal melunaskan hutang berjumlah RM50,000 terhadap Azura.

Menurut laporan Harian Metro, hutang tersebut berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan Erin pada 10 Oktober 2014. Namun, Erin meminta dikurangkan, dan ia menjadi RM50,000.

Namun Azura tidak dapat menghubungi Erin kerana Erin telah berpindah. Komen yang ditinggalkan di Instagram juga dipadam oleh Erin. Oleh itu Azura tiada pilihan untuk meminta mahkamah mengeluarkan arahan perlaksanaan perintah.

Team Jambu Batu melihat di Instagram Erin, ruangan komen juga telah ditutup. Harap ia dapat diselesaikan dengan segera dan sebaik mungkin. Erin bernikah dengan Farriz Fauzy dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel.

Sumber : Harian Metro
Foto: Instagram Erin MalekProject2pi

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.