“Meet Our New Little Slugger” – Fouziah Gous

Setelah sembilan bulan, masa yang dinantikan telah pun tiba. Pelakon terkenal Fouziah Gous selamat melahirkan anak kedua pada 9 November 2017 yang lalu pada jam 8:15 malam. Berita gembira itu telah dikongsi di laman Instagram milik Fouziah.

Jika sebelum ini anak sulung Fouziah seorang lelaki, Muhammad Zeeshan berusia dua tahun, kali ini lelaki juga. Pasti seronok Zeeshan kerana mempunyai adik lelaki untuk bermain. Fouziah telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013.

Rata-rata peminat menerima berita tersebut dengan gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Tidak sabar untuk mengetahui nama anak kedua Fouziah ini. Tahniah dari team Jambu Batu! Selamat berpantang Fouziah!

 

Sumber : Instagram Fouziah Gous

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply