Isteri Ice T Guna Khidmat Pekerja Untuk Vakum Jalan Raya

Kalau sudah berduit, apa sahaja boleh beli dan lakukan. Begitulah juga Coco Austin seorang bekas model dan juga dengan isteri kepada pelakon dan penyanyi rap terkenal, Ice T. Bayangkan mahu berjalan kemana-mana pun dia menggunakan khidmat pembantunya untuk vakum jalan didepannya bagi membersihkan laluan untuk dia berjalan.

Mungkin kalau tidak menggunakan vakum, kasut mahal yang dibeli akan kotor. Mungkin juga mengelakkan pencemaran. Tidak percaya? Lihat video ini.

Sambil mendukung anaknya, Chanel, Coco sambil bersahaja berjalan dilaluan yang baru dibersihkan untuknya walaupun orang ramai memandang dengan penuh kehairanan. Mungkin Coco ada sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Hanya dia sahaja yang tahu dan mengerti jalan kehidupannya.

Sumber: Stuart Nasar via StoryTrender

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply