Tak Selera Makan, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Minta Pengurus Masak Untuknya

Sedar tidak sedar, usia kandungan kehamilan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah pun menginjak 5 bulan. Namun ketika ini, Siti Nurhaliza masih lagi berasa mual-mual, muntah  serta kurang selera makan.

Pada waktu yang sama, dia sering  berasa lapar dan perlu makan sesuatu untuk memastikan perutnya tidak dimasuki angin.

Inilah antara fasa sebagai wanita hamil yang sedang dilalui penyanyi berkaliber yang memiliki puluhan lagu hits ini dan hal itu telah dikongsi pengurusnya, Rozi Abdul Razak kepada semua peminat setia.

Menerusi posting Instagram miliknya @sangdewi, Rozi berkata, kadangkala dia berasa lucu membaca mesej-mesej CTDK (Siti Nurhaliza) sewaktu hamil.

“Tapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini. Saya tahu, ini adalah pengalaman baru CTDK dan sudah tentunya beliau memerlukan sokongan daripada ramai pihak terutama keluarga terdekat ,” katanya.

Dalam posting berkenaan, Rozi turut berkongsi mesej-mesej perbualannya dengan Siti Nurhaliza tentang kehamilan bintang yang menjadi idola ramai itu.

Antara mesej tersebut ialah Siti Nurhaliza meminta Rozi memasak untuk dirinya. Rozi pula memang pakar memasak dan memiliki restorannya sendiri iaitu Resepi Sang Dewi.

Menginjak ke usia 5 bulan kehamilan @ctdk, semakin hari semakin hilang alahan, mual, tidak selera makan dan fasa dari bulan ke bulan berubah dan akan terus berubah. Setiap wanita yang sudah bergelar ibu, pasti melalui pengalaman hamil tersendiri serta berbeza pengalaman pula bagi setiap seorang anak yang dikandung. Saya tahu ini adalah pengalaman baru bagi @ctdk dan tentunya beliau memerlukan sokongan dari ramai pihak terutama keluarga terdekat. Saya pula sudah seperti anggota polis dengan slogan ' Setia Berkhidmat'. Kadangkala memang lucu membaca mesej-mesej beliau sewaktu hamil tetapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini. Sekadar perkongsian dengan para peminat @ctdk yang seronok mendengar cerita serta pengalaman saya bersama @ctdk. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan, menitip nasihat, berkongsi tips dan pengalaman, tak kurang yang menghantar pelbagai hadiah, barangan, makanan dan sebagainya buat @ctdk, ramai yang sayang sebenarnya. Terima kasih semua. 😘

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

ctdk1

ctdk2

ctdk3

ctdk4

ctdk5

ctdk6

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply