Mawar Rashid dan Raf Pilih Tema Jawa

Kedua pasangan ini sememangnya serasi, sama padan pula. Cantik, handsome dan sesuailah mereka berdua. Hari ini, pelakon Mawar Rashid sah bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal bin Yaakob. Umum mengetahui Raden atau lebih mesra digelar Raf, adalah adik kepada Dato’Fazley Yaakob.

mawaraf2
Mawar dan Raf selepas diijabkabul

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada jam 3:20 petang semalam. Menurut laporan Mstar Online, kedua mempelai dinikahkan oleh Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Manakala Mawar menyerahkan Sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak lelaki. Pada majlis tersebut, Mawar dan Raf tampil persalinan yang bertemakan Jawa.

Tahniah dari pihak team Jambu Batu. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

mawaraf3
Pasangan pengantin dan ahli keluarga termasuk abang kepada Raf, Dato’ Fazley Yaakob.

Sumber : mStar & Instagram Mawar & Raf

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply