Label Tempatan MVM Sambar Penyanyi Tak Tun Tuang Jadi Artis Naungan?

Wah! Tak tahulah ilmu apa yang dipakai oleh penyanyi Minang, Upiak Isil. Mula-mula lagu Tak Tun Tuang jadi viral hingga timbulkan kegilaan pendengar muzik di Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei termasuklah negara kelahirannya sendiri iaitu Indonesia.

Selepas sahaja lagu itu viral, dia menerima banyak undangan untuk menyanyi termasuklah di Malaysia. Kerjanya asyik terbang, berjalan dan buat show sahaja.

Kini, dia telah disambar untuk jadi artis naungan label tempatan, MVM. Perjanjian di antara Upiak Isil dengan  Pengurus Besar,  MVM iaitu Hadi Rumnan telah termeterai di Padang semalam.

Ketika dihubungi Jambu Batu Online sebentar tadi, Hadi Rumnan masih belum dapat memberikan apa-apa kenyataan berhubung perjanjian yang termeterai itu.

“Saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi kerana saya belum sampai di Malaysia lagi. Saya kena bincang dengan bos,” katanya secara ringkas.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Label Tempatan MVM Sambar Penyanyi Tak Tun Tuang Jadi Artis Naungan?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.