Jason Lo Masuk Penjara Dubai Kerana Isu Gaduh, Bukan Dadah

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo menafikan laporan media bahawa dia ditahan di Dubai baru-baru ini kerana memiliki dadah.

Dalam satu kenyataan kepada theedgemarkets.com, Jason berkata dia ditahan dan dipenjarakan  kerana cuba membantu rakannya beursaha menghentikan sebuah pergaduhan. Rupanya dia bergelut dengan polis yang sedang dalam penyamaran.

“Ini kisahnya, seandainya anda tidak tahu. Saya mendarat di Dubai, di lapangan terbang kawan saya cuba menghentikan pergaduhan, kemudian dipukul dan saya pula terus menerpa ke arah lelaki tersebut yang rupanya adalah polis sedang menyamar.

“Saya dipenjarakan dan lelaki itu mencatat kenyataan yang berminggu. Pengalaman yang teruk. Tetapi tidak seteruk apabila saya keluar dan mendengar bahawa yang mengatakan bahawa saya dipenjarakan atas sebab-sebab lain.

Sebuah tabloid Melayu sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Telekomunikasi Malaysia iu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18 Sept lalu selepas pihak berkuasa menemui dadah yang tersembunyi di dalam bagasinya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply