Genap 7 Hari, Jeanelle Nika Mandagie Sambut Majlis Tahnik

Semalam, genaplah 7 hari,  usia Jeanelle Nika Mandagie cahaya mata sulung pereka fesyen terkemuka Dato’ Jovian Mandagie dengan Datin Nina Ismail Sabri, sejak baby comel perempuan itu dilahirkan pada 1 November lalu.

Sempena itu, Jovian telah mengadakan majlis Tahnik atau belah mulut yang diketuai Ustaz Badri untuk memperkenalkan nama anaknya itu secara rasmi.

Kata Jovian, ramai yang bertanyakan maksud nama anaknya itu.

“Jeanelle mulanya terinpsirasi dari perkataan Jannah tetapi diubahsuai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik menjadi menjadi Jeanelle.

“Ia membawa maksud mulia, Nika bermaksud kejayaan, manakala Mandagie pula adalah Haute Couture.

“Mudah-mudahan dengan makna yang baik ini, anak kami menjadi anak yang solehah, sayang kepada ibu bapa dan taat kepada agama,” katanya.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan yang baik-baik buat anaknya yang baru lahir itu.

Pada majlis yang dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat itu,  Jeanelle Nika Mandagie telah disuapkan kunyahan buat tamar bercampur air zam zam yang kemudiannya disapukan ke atas lelangitnya.

Ia suatu amalan di dalam Islam yang sunnah dilakukan terhadap  bayi yang baru lahir serta genap berusia 7 hari.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak saya Jeanelle Nika Mandagie @princessmandagie semalam, terima kasih kepada Ustaz Badri yang telah mengetuai majlis yang sederhana ini serta keluarga yang telah menyempurnakan majlis dengan kehadiran semua. Banyak yang bertanya makna di sebalik nama anak kami, Jeanelle mulanya terinispirasi dari perkataan “Jannah” tetapi di ubah suai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik menjadi “Jeannelle” yang membawa maksud mulia, manakala “Nika” pula membawa maksud Kejayaan. “Mandagie”, pula maknanya Haute Couture 😝. Mudah-mudahan dengan makna yang baik ini anak kami menjadi anak yang soleha, sayang pada ibu dan bapa dan taat kepada agama. InsyaAllah, terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan yang baik-baik belaka. May god bless you all with your kind wishes, and i wish you all the same insyaAllah

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

nika1

 

nika2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.