Selalu – Single Inggeris Yang Diterjemah Insomniacks Dalam Bahasa Malaysia 

Asalnya single Selalu telah ditulis dalam bahasa Inggeris, tetapi kemudian Insomniacks telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia. Selalu adalah lagu ciptaan dan tulisan mereka sepenuhnya.

Apakah sebabnya, band muzik baru bergenre pop rock yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini berbuat demikian?

Sebabnya, mereka mahu Insomniacks diterima bukan sahaja dari kalangan pendengar urban tetapi menjangkaui kesemua lapisan pendengar secara umum.

Pada waktu yang sama mereka juga sangat menginginkan bahawa lagu dan muzik mereka dapat di terima bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia dan orang dapat mengenali keindahan Bahasa Malaysia secara tidak langsung.

Pendekatan kumpulan ini lebih kepada keseronokan berkarya dan tidak terlalu mainstream. Maka atas sebab itu, tidak hairanlah mengapa Insonmiacks yang dianggotai  empat anak muda iaitu Syed Mir Iqbal (vokal/gitar utama), Ahmad Danial (gitar ritma), Wan Arif Iskandar (bass) dan Gavin Wong (dram), mahukan muzik mereka digelar santai dan bersahaja.

“Apabila sesuatu karya itu menjadi terlalu serius, kami rasakan tiada keseronokan dalam apa jua yang kami lakukan kerana kami mahu enjoy setiap kali beraksi di hadapan penonton,” jelas Wan Arif Iskandar.

Insomniacks baru sahaja membuat persembahan sewaktu “Jaz Hayat Promo Tour” di IOI City Mall, Putrajaya.  Mereka  juga pernah mengikuti siri “Jelajah Muzik Safi Balqis” bersama Sony Music Entertainment Malaysia dan membuat persembahan sebaris nama-nama besar tanahair seperti Altimet, Haqiem Rusli dan Tajul. Mereka punya pengikut seramai 16,000 di laman sesawang YouTube.

Disebabkan hal tersebut Insomniacks mengharapkan agar single sulung mereka “Selalu” dapat diterima ramai dan turut mengharap agar sokongan yang berterusan dari pihak media dan peminat. Nantikan single terbaru Insomniacks – Selalu.

IKUTI INSOMNIACKS DI MEDIA SOSIAL

Facebook            – www.facebook.com/insomniacks

Instagram            – www.instagram.com/insomniacks.my

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.