Ratu Cantik Maria Izobel Taguiam Bilang Dia Miliki GF

Salah seorang peserta pertandingan ratu Cantik di Filipina, Maria Izobel Taguiam  telah mencetuskan isu viral apabila dia berterus-terang mengenai status hubungan cintanya sewaktu dia diajukan mengenai soalan tersebut.

Dia yang mewakili Tabagon dalam pertandingan ratu cantik Binibining, Cebu pada 28 Oktober lalu telah ditanyakan oleh Miss Earth 2008, Karla Henry selaku hos sama ada dia memiliki teman lelaki atau tidak.

Maria menjawab: Ya…tetapi teman wanita kerana saya percaya cinta sejati  bukan dinilai dari sudut jantina seseorang. Jika anda mencintai seseorang itu, teruskan sahaja,” katanya.

Jawapannya yang tidak dijangka itu telah mendapat tepukan dan sorakan yang hangat daripada pihak audiens, seperti mana yang dilaporkan Cebu Daily News.

Maria Izobel turut menyatakan betapa bangganya dia memiliki teman wanitanya itu yang sentiasa memberikan sokongan serta berada di sisinya.

Jawapan yang diberikan Maria juga turut meraih apreasiasi daripada pelbagai pihak serata dunia. Ramai yang kagum dengan cara dia memberikan jawapan tersebut. Tidak kurang juga yang bangga kerana menganggap dia malu untuk berselindung serta yakin dengan dirinya.

Dia yang tidak memenangi pertandingan tersebut, turut meluahkan rasa melalui laman akaun Facebook peribadinya.

mariaizobel2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.