Ramai Wanita ‘Cair’ Bila Andi Bernadee Nyanyi Lagu Tak Tun Tuang?

Siapa sangka, tindakannya untuk membawakan semula lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal Upiak Isil secara parodi telah mendatangkan tuah buat penyanyi bakat baru Andi Bernadee.

 

Dengan tidak semena-mena, anak kelahiran Sabah yang baru sahaja muncul dengan lagu Tiada Lagi Maaf ini menjadi viral di laman sosial media terutama di kalangan netizen wanita.

 

Apa tidaknya, dengan berbekalkan wajah yang kacak, badan yang sado, senyuman yang menarik, suara yang sedap serta kulit yang sawo matang cantik, menjadikan kebanyakan wanita ‘cair’ dengan Andi Bernadee.

 

Ketika dihubungi Jambu Batu Online, Andi berkata, dia tidak menyangka tindakannya menyanyikan semula lagu itu akan menjadi viral.

 

“Saya melakukannya sekadar suka-suka. Ada rakan yang share lagu itu kepada saya dan selepas mendengarnya, saya fikir kenapa tidak saya cover lagu ini.

 

“Bila saya share di Instagram, ramai yang respon. Bila saya share pula di Facebook, responnya lebih tinggi lagi.

 

“Memang saya tidak sangka. Terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menularkan video Tak Tun Tuang saya itu. Tentang wanita-wanita yang dikatakan ‘cair’ dengan saya, rasanya saya biasa saja,” katanya dengan malu-malu.

 

Andi Bernadee mula menempa nama selepas dia banyak  melakukan lagu-lagu ‘cover’ di aplikasi SMULE. sehingga meraih ramai peminat termasuk  dari negara sebarang iaitu Indonesia. Tiada Lagi Maaf merupakan single pertamanya adalah ciptaannya bersama ND , manakala  lirik lagu sepenuhnya oleh Andi sendiri.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Ramai Wanita ‘Cair’ Bila Andi Bernadee Nyanyi Lagu Tak Tun Tuang?”

Leave a Reply