Nourul Depp Buat Apa Di Perancis?

Tanpa sebarang publisiti, Nourul Depp telah terbang ke Perancis bagi merealisasikan impiannya. Rupa-rupanya dalam diam, Nourul telah merakamkan album dalam Bahasa Perancis. Khabarnya akan di pasarkan di pasaran Perancis. Pemergian Nourul ke Perancis selama seminggu bagi menyiapkan kulit album dan video klip.

Album tersebut mempunyai tujuh buah lagu yang terdiri daripada bahasa Perancis dan Inggeris. Nourul bertuah kerana komposer dari Perancis iaitu Kirsten Harma yang jatuh hati dengan suara Nourul. Kirsten terus melamar Nourul untuk membuat rakaman lagu dalam bahasa Perancis.

Bagai bulan jatuh ke riba, semestinya Nourul menerima kerana itu impiannya dari dulu, mahu mengembangkan lagi bakatnya ke luar negara. Adakah album tersebut bakal dipasarkan di Malaysia? Kita nantikan sahaja.

Selamat berjaya! Jangan lupa kami di Malaysia ya.

 

Sumber: Instagram & Youtube Nourul

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply