MSMW Iktiraf Zizan Razak, Ikon Sosial Media Malaysia 2017!

Okay, okay… Rileks…Rileks.  Nih bukan Jambu Batu Online yang pandai-pandai cakap ya. Sebaliknya, malam tadi ZIzan Razak telah dinobatkan sebagai Ikon Sosial Media Malaysia/Malaysian Social Media Icon pada tahun ini.

Pengiktrirafan itu telah diberikan oleh Malaysia Social Media Week 2017 (MSMW 2017) selaku penganjur yang saban tahun telah menganjurkan majlis seumapama, sebelum ini.

Ketika namanya diumumkan sebagai penerima Ikon Sosial Media Malaysia, pengacara yang bertugas pada malam itu turut mengumumkan bahawa Zizan Razak memiliki 4.4 juta pengikut di Instagram.

Wow! Satu pencapaian yang hebat dan luar biasa. Tahniah, Zizan Razak. Mesti label Zizan iaitu Rocketfuel berbanggakan?

Apa yang penting juga, hos turut menyifatkan bahawa bahawa Zizan yang dikenalinya selama bertahun-tahun, masih kekal sepertimana dulu, seorang yang lucu,  hebat dan seorang ikon.

Komen Zizan pula, dia sangat berterima kasih kepada Malaysia Social Media Week 2017 atas penganugerahan tersebut.

“I wanna cry…I wanna cry,”katanya sambil berlawak.

Tahniah sekali lagi Zizan Razak!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.