“Have a lovely time in Kajang Prison darlinggg..” – Maria Farida Menang Kes Saman

Selama dua tahun Datin Maria Farida difitnah oleh bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar. Kini Maria boleh senyum lebar dan tidur dengan tenang. Ini kerana dia menang kes saman malu terhadap Hadijah Mokhtar.

Selama difitnah, hidup Maria tidak senang. Semua memandang serong terhadapnya. Maria berkongsi kegembiraan kemenangan itu di laman Instagram miliknya. Keputusan kemenangan itu telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selasa lalu.

Ganas juga kapsyen Datin Maria Farida. Yelah, siapa tak bengang kalau kena fitnah dengan perkara yang kita tidak buat. Walau bagaimana pun, tahniah Datin kerana kemenangan dipihak anda!

Untuk pengetahuan semua, Maria atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza telah berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur pada November 2015.

Maria mendakwa semenjak perkahwinannya itu, bekas isteri suaminya iaitu Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan telah membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Maria memfailkan tuntutan saman pada tahun 2016 bagi menghalang Hadijah dan anak perempuannya membuat sebarang kenyataan fitnah terhadapnya.

Dalam pada itu, Hadijah juga berhadapan menjalani hukuman penjara apabila mahkamah memerintahkan  hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan

Sumber Instagram Maria Farida

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.