Shahir Guna Nama Orang Lain Pasal Nak Tutup Hutang?

 

Kontroversi sungguh si Shahir nih. Mula-mula kes dengan Mona, pasal Mona dakwa Shahir ada hubungan dengan dia. Tidak lama kemudian dengan Ain pula, tapi soal hutang yang dah lama tak berbayar.

 

Malah, bekas juara AF8 ini  turut  didakwa berhutang dengan  beberapa individu yang lain. Kini, semua mereka dilaporkan sedang kejar Shahir untuk tuntut hutang.

Dua hari lepas, seorang PR yang bertugas di sebuah label hiburan memuatkan posting yang secara terang-terang ditujukan khas buat Shahir.

Posting itu mendedahkan sikap Shahir yang cuba menggunakan nama dia dan teman-temannya untuk menutup hutangnya.

“Kau pusing sana sini. Gali lubang sana, tutup lubang sini. Last-last semua orang kau tak nak bayar. Manusia macam ini lebih hina daripada XXXXX,” katanya dengan nada bengang tahap gaban.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply