Nadzmi Adhwa Dakwa Kena Perangkap Kawan Baik Pasal Dadah

Akibat terlalu mempercayai kawan, pelakon Nadzmi Adhwa mendakwa dia telah menerima padah apabila turut sama ditahan polis akibat kesalahan dadah.

 

Dalam kes tersebut, Nadzmi telah menaiki kereta Honda Jazz bersama rakan baik serta adiknya sebelum ditahan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JS-JN) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berhampiran sebuah stesen minyak.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai daun ganja dan ganja mampat di dalam sebuah tin yang disembunyikan di tempat duduk belakang pemandu.  Ketiga-tiga mereka ditahan di Jalan Bukit Setiawangsa, awal pagi Jumaat lalu.

Nadzmi Adha yang juga pelakon drama Hati Perempuan memberitahu, selepas ditahan barulah dia meyedari bahawa rakannya itu sudah lama berada di dalam pemerhatian polis.

“Pengalaman ditahan polis banyak memberi pengajaran terutama dalam memilih kawan. Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tidak akan mengulanginya lagi,” katanya dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn Bhd.

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply