Tak Layak Jadi Juri GV 4? – Ini Jawapan Dato’ Chef Wan

Tak tahulah apa salah Prof Dato’ Chef Wan, tiba-tiba ada pihak yang tidak berpuas hati menyelar dirinya dan menganggap dia tidak layak menjadi juri undangan untuk program Gegar Vaganza Musim 4 (GV4), sebaliknya lebih sesuai duduk di dapur sahaja.

Geram dengan komen-komen serta kritikan tersebut, Chef Wan tampil memberikan penjelasan yang cukup panjang lebar di akaun Instagram miliknya, @chefwan58.

Kata Chef Wan, ada yang lupa bahawa sudah 26 tahun dia terlibat di dalam arena TV, bukan sahaja di dalam bidang masakan tetapi juga juga lakonan serta komedi.

“Saya pernah menjadi teraju utama dalam pementasan komedi secara live, mengendalikan program bual bicara saya sendiridan telah diundang menjadi tetamu dalam ratusan program bicara.

“Saya rasa saya berhak diberi penghormatan berdasarkan sumbangan yang saya berikan termasuklah di dalam dunia hiburan sendiri.

“Memasak pun kena ada elemen komedi. Jika ia tidak lucu, tidak mungkin show saya telah disiarkan di stesen TV di seluruh dunia serta diundang tampil dalam pelbagai program yang dikendalikan chef selebriti bertaraf dunia? ,” soalnya.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply