Aishah Jelaskan Kenapa Tiada Orang Sponsor Bajunya Di GV 4

Wah! Sekarang ini tengah viral isu pasal kononnya tiada pereka fesyen yang sudi untuk sponsor atau taja baju penyanyi lagenda Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah di pentas Gegar Vaganza Musim 4 (GV 4).

Tapi, apakah benar dakwaan tersebut? Dalam posting di akaun FB miliknya, akhirnya Aishah menjelaskan dakwaan tersebut.

Kata pelantun lagu-lagu hits seperti Janji Manismu serta Camar Yang Pulang ini, apa yang dikatakan itu tidaklah benar.

“Saya juga tidak pernah bercerita bahawa tiada siapa yang mahu sponsor baju saya. Biar betul…,” katanya.

Malah, dia memberitahu lagi bahawa dia memang tidak begitu genar membawa entourage yang besar apabila membuat persembahan di mana-mana termasuklah GV 4.

Cukuplah sekadar suami, teman-teman serta peminat yang menganjurkan team fans. Malah, dia juga sekadar menggunakan khidmat jurumekap Astro.

“Saya memang tidak suka ramai-ramai orang di sekeliling saya. Dari dulu pun begitu. Lagipun saya rimas,” katanya.

Aishah yang telah membawakan lagu Ziana Zain berjudul Dingin di konsert mingguan GV 4 pada minggu lepas, bakal membawakan lagu Yuna, Terukir Bintang pada Ahad ini.

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Aishah Jelaskan Kenapa Tiada Orang Sponsor Bajunya Di GV 4”

Leave a Reply