Ada Ke Pereka Fesyen Sanggup Terima Cabaran Hatta Dolmat Bikin Baju Aishah?

Okay, penyanyi lagenda Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah sudah pun menjawab pasal isu kononnya tiada pereka fesyen yang mahu sponsor atau taja bajunya di Gegar Vaganza Musim 4 (GV 4).  Baca link ini, kalau nak tahu jawapan Aishah.

Kontroversi yang tercetus itu secara tidak langsung telah membuatkan pereke fesyen tempatan popular, Hatta Dolmat untuk bersuara.

Kata Hatta Dolmat, pentas Gegar Vaganza adalah platform terbaik untuk pereka fesyen untuk menyerlah kreativiti mereka kerana di pentas ini, apa yang dipakai selebriti setiap kali membuat persembahan akan sentiasa meraih perhatian peminat hiburan serta netizen.

Justeru itu, Hatta Dolmat telah menggesa kebanyakan pereka fesyen yang masih muda dan sedang meningkat naik untuk mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan Aishah dan buktikan bahawa mereka juga mampu menterjemah rekaan dalam pelbagai size.

Ada yang sanggup terima cabaran Hatta Dolmat.

setahun lepas, untuk pentas gegar vaganza hatta menghasilkan creation mengikut tema setiap minggu secara consistentnya untuk si kecil genik bersuara mantap Siti Sarah Raissudin, Hatta merasakan GV adalah platform terbaik untuk semua pereka fesyen tanah air. . . di petas ini selain kemantapan vokal, fesyen yang di pakai artis memang mendapat perhatian, di sini pereka pereka fesyen mempersembahkan kreativiti dengan look yang cukup baik bagi setiap artist. . . CALLING TO ALL UPRISING and ESTABLISHED MALAYSIAN FASHION DESIGNER!. GUNAKAN platform ini PENYANYI LAGENDA KESAYANGAN MALAYSIA AISHAH mengintai PELUANG bekerja sama dengan Anda, buktikan anda bukan saja mampu menghasilkan potongan baju bersize model! anda juga BIJAK menterjemah rekaan pada kepelbagaian size! berminat? . . follow dan dm @deegunrahman untuk maklumat lanjut. @gegarvaganza2017 #gegarvaganza #gegarvaganza4 #gv4

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply