Separuh Mati Ku Bercinta Diangkat Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik Minggu 2

Seperti yang dijangka ramai, lagu Separuh Mati Ku Bercinta telah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam pertandingan minggu kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 32, malam tadi.

 

Lagu ciptaan Ajai yang dipersembahkan Dayang Nurfaizah telah menjadi pilihan barisan juri yang terdiri daripada AG Coco, Eddrie Hashim, Halen Yap, LY, Azmeer, Pak Ngah serta Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Lagu yang turut bertanding dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Minggu 2 adalah Jangan Menangis nyanyian Aizat,  Harus Aku (Sufian Suhaimi). Aku Sanggup (Sufi), Rempuh (Tomok & Black) serta Permata Cinta (Aiman Tino)

Selebihnya adalah Jangan Pernah Berdusta (Aepul Drama Band & Haiza), Zalikha  (Floor 88),  Warkah Untukmu (Ara Johari) serta  Terus Mencintai (Siti Nordiana).

 

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Minggu 2 dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Bagi Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Minggu 3 yang akan berlangsung pada 12 November ini, sebanyak 10 lagu akan bertanding iaitu Separuh Akhir Muzik Muzik 32  iaitu:

 

  1. Lebih Sempurna (Komposer & Lirik: Syamel/Penyanyi: Syamel),
  2. Sedalam Dalam Rindu (Komposer: Alam/Lirik: Bazil & Iwan/Penyanyi: Tajul)
  3. Berakhirlah Sudah (Komposer & Lirik: Rayner Rupin/Penyanyi Atmosfera)
  4. Menanti Janji (Komposer & Lirik: Ippo Hafiz/Penyanyi: Ronnie Hussin)
  5. Lagu Untuk Laila (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq/Penyanyi:
    Akim & The Majistret)
  6. Tergantung Sepi (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu/Penyanyi: Haqiem Rusli)
  7. Jampi (Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong/Penyanyi: Hael Husaini)
  8. Menahan Rindu (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu/Penyanyi: wany Hasrita)
  9. Aku Cinta (Komposer & Lirik: Syamel/Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri)
  10. Sabar (Komposer & Lirik: Adib Hamdi, Omar K, Zayn & Ismail Izzani/Penyanyi: Ismail Izzani)

Dalam pertandingan minggu ketiga ini nanti, 12 karya lagu yang layak bertanding di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) akan turut diumumkan.

Nantikan Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Minggu 3!

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.