Senarai Lagu Minggu Ketiga Konsert GV 4

Rasanya ramai yang tidak akan menyangkal betapa hebatnya vokal dan pesembahan Liza Hanim pada konsert minggu kedua yang telah bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi.

 

Membawakan lagu Aku Hanya Pendatang yang pernah dipopularkan Francesca Peters, Liza Hanim bukan sahaja telah berjaya memukau penonton dengan persembahan vokal yang cukup hebat dan mantap tetapi dia juga sukses menampilkan rendisinya yang tersendiri terhadap lagu itu.

Sehingga ramai yang menyifatkan bahawa versi Aku Hanya Pendatang yang dipersembahkannya itu jauh lebih baik berbanding versi yang asal. Ia bukan sesuatu yang pelik. Di dalam industry muzik barat juga perkara-perkara seperti ini sering terjadi.

Lagu I Will Always Love You, misalnya. Penyanyi asalnya adalah Dolly Parton dan lagu itu disampaikan dengan gaya pop country yang subtle. Tetapi, apabila Whitney Houston menyampaikan lagu tersebut dengan rendisi R&Bnya, komposisi dan susunan lagu itu menjadi luar biasa sekali, malah ia digilai peminat di seluruh dunia.

Apapun, jom kita check it out pilihan Ada Lagu Ada Lagi untuk konsert minggu ketiga, Gegar Vaganza 2017.

  1. Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein – Liza Hanim
  2. Kenangan Bersamamu/Lefthanded – Haida
  3. Joget Kenangan Manis/Dato’ Sudirman Haji Arshad – Hazami
  4. Knock Knock/Elizabeth Tan – Syura
  5. Terukir Di Bintang/Yuna – Aishah
  6. Bila Resah/Anuar Zain- Tia Jinbara
  7. Sayang Sayang/Aliff Aziz – Lan Karistal
  8. Cinta Tak Keruan/Iwan – Aqasha
  9. Zalikha/Floor88 – Firman
  10. Wulan Merindu/Cici Paramida- Elyana
  11. Perhaps Perhaps Perhaps/Doris Day – kak Engku

Kredit Foto: gegarvaganzaofficial

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.