Laman Respon Krisis Banjir Di Pulau Pinang Sudah Diaktifkan

Anda ada menerima pemberitahuan dari Facebook tentang status rakan-rakan anda yang berada di Pulau Pinang? Atau anda ada menerima pemberitahuan dari Facebook untuk melaporkan status keselamatan anda?

Pengguna Facebook kini boleh menggunakan laman Respon Krisis Banjir di Pulau Pinang untuk mendapat maklumat dan menyelaras bantuan dalam menangani krisis banjir ini. Laman ini boleh diakses melalui LINK ini.

Ianya juga menyediakan ciri Semakan Keselamatan agar mereka yang berada dalam kawasan terjejas boleh berhubung dengan rakan-rakan dan orang tersayang.

Menurut Pusat Bantuan Facebook, Semakan Keselamatan ini diaktifkan apabila terdapat ramai orang yang berada di kawasan kejadian berkongsi tentang kejadian tersebut.

“Apabila kejadian seperti gempa bumi, taufan, penembakan beramai-ramai atau bangunan runtuh berlaku di mana orang mungkin berada dalam bahaya, agensi pelaporan krisis global memberi amaran kepada Facebook”, sebagaimana yang tercatat dalam Pusat Bantuan Facebook.

Kini pengguna Facebook di kawasan terjejas itu mungkin menerima pemberitahuan dari Facebook untuk menandakan diri mereka selamat.

Mereka juga boleh memeriksa status rakan mereka di kawasan yang terjejas dengan ciri ‘Tanya Jika Selamat’.

Pihak yang berada di kawasan selamat kini juga boleh menawarkan bantuan seperti pengangkutan, makanan atau bekalan kepada komuniti di kawasan yang terjejas dengan pergi ke ciri Semakan Keselamatan dan klik ‘Beri Bantuan’.

Setakat malam Ahad, terdapat 20 kiriman yang meminta bantuan dan lebih daripada 150 kiriman yang menawarkan bantuan seperti  bekalan air, pengangkutan, pakaian sekolah dan juga bekalan haiwan kesayangan.

Pulau Pinang dilanda banjir terburuk akibat angin ribut taufan dan hujan lebat melanda negeri itu sejak Sabtu (4 November).

 

Sumber: The Star

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.