Kenapa Ferhad Yang Tersingkir, Bukan Raja Azura?

Sebaik saja nama penyanyi Ferhad Iberahim diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir di dalam konsert minggu kedua, Gegarvaganza Musim 4 (GV 4) malam tadi, netizen mula meninggalkan komen-komen mereka di dalam platform sosial media.

 

 

Mengapa Ferhad yang tersingkir dan bukannya Raja Azura atau Kak Engku?  Rasa tidak puas hati mereka telah dilontarkan di dalam social media. Namun tidak kurang juga yang memuji persembahan Kak Engku serta menganggap bahawa Ferhad sememangnya layak untuk disingkirkan.

Ferhad yang sebelum ini pernah mempunyai album studio sendiri serta pernah mencipta nama dengan beberapa buah lagu termasuk Kasih Berubah tersingkir selepas membawakan lagu Harus Terpisah yang dipopularkan Chakra Khan di dalam pertandingan tersebut.

Penyingkiran Ferhad itu telah diumumkan hos GV 4 iaitu Nabil dan Jihan.

Dengan penyingkiran Ferhad itu beerti, 11 lagi penyanyi iaitu Aishah, Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan Kristal, Tia Jinbara, Elyana, Syura, Aqasha, Haida dan Raja Azura layak untuk beraksi di minggu ketiga GV 4.

GV 4  bersiaran secara langsung dari Dewan Seri Putra Bukit Jalil, malam tadi, manakala Kapsul Gegar Vaganza bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Kredit Foto: gegarvaganzaofficial

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply