“Kalau Susah Sangat Cakap Benda Betul Baik Kau Diam” – Amaran Aliff Aziz Kepada Afifah Nasir

Ingat lagi tak kontroversi yang melanda antara Aliff Aziz, Bella Astilah dan Afifah Nasir? Rupanya masing-masing tak move on lagi.

Terbaru Afifah Nasir mengeluarkan kenyataan yang menyatakan dia tidak bermusuh dengan isteri Aliff. Seakan-akan ingin memanaskan kembali kontroversi yang dah suam suam kuku itu, Aliff menyelar tindakan Afifah yang masih mahu membuat kenyataan palsu melibatkan dia dan isterinya, Bella.

Melalui laman Instagramnya Aliff berkata, “Beberapa minggu lalu Afifah mengeluarkan kenyataan ketika ditemuramah media bahawa dia tidak bermusuh dan sedia memaafkan serta melupakan insiden yang berlaku. Jika benar Bella kata dia sudah okey dengan semua ini ketika kamu hubungi dia melalui Whatsapp, kenapa kamu tidak menunjukkan bukti itu kepada media? Saya terpaksa bersuara kali ini agar gadis ini (Afifah) tahu bahawa jika dia tidak boleh menyatakan kebenaran lebih baik dia berdiam diri. Sudah lama saya cukup bertolak ansur dengan kenyataan dia yang tidak masuk akal ini.”

Baca selanjutnya kenyataan penuh Aliff di sini:

Setakat ini Afifah Nasir belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas. Tapi kami di Team Jambu Batu berharap semoga perkara ini mati di sini saja. Cukup-cukuplah diungkit lagi kisah kontroversi yang sudah cukup memalukan semua pihak yang terlibat.

 

Sumber: Instagram Aliff Aziz

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.