Anak Lan Kristal Terima 7 Jahitan Di Dahi

Bagaimana agaknya perasaan Lan Kristal tatkala anak kesayangan berada di hospital sedangkan dia bertungkus lumus membuat persembahan di Gegarvaganza 2017? Anak ketiga Lan, berusia 3 tahun telah menerima tujuh jahitan di dahi selepas terjatuh di rumahnya.

 

Kejadian berlaku ketika Lan dan isteri, Sheila yang juga merangkap pengurus Lan baru tiba di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kemudian pasangan ini bergegas pulang untuk menghantar anaknya ke hospital. Pada awalnya mereka ingat cedera biasa tetapi sebenarnya teruk.

Ketika dihubungi, Sheila memberitahu, dia menjaga anaknya itu tetapi Lan kembali semula ke Bukit Jalil. Menurut Sheila, dia tidak pasti bagaimana anaknya itu boleh terjatuh sebegitu rupa. Melihat gambar yang dikongsikan oleh Lan di Instagram, Muhammad Akid Qassyaff sudah pun beransur pulih.

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.