​Azharina Azhar Buat Laporan Polis

Masalah pembantu rumah sentiasa menjadi isu terutama bagi keluarga yang bekerjaya. Ada sahaja yang terjadi. Sebelum ini Nadia Mustapa, DatoAliff Syukri, Nourul Wahab dan ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Samada pembantu rumah lari, mencuri dan sebagainya.

Terbaru, Azharina Azhar pula yang terkena tetapi bukan mengenai pembantu rumah, tetapi dia telah ditipu oleh ejen pembantu rumah. Azharina rugi RM6,000 apabila pembantu rumahnya tidak pulang setelah diberi cuti untuk bertemu ahli keluarga.

Menurut Azharina lagi, dia telah cuba menghubungi ejen tersebut tetapi nombor tersebut tidak ada dalam perkhidmatan. Azharina telah membuat laporan polis kerana mensyaki ia adalah sindiket penipuan membabitkan syarikan tersebut.

Diharap Azharina lebih berhati-hati lagi selepas ini. Bagi ajen pembantu rumah, janganlah menipu sebegini. Menyusahkan banyak pihak. Begitu juga dengan pembantu rumah. Buatlah kerja sebaik mungkin. Jangan keluar tanduk pula.

Sumber Harian Metro.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.