Umie Aida Bangga Anak Sulung Terima Ijazah

Tahniah Jambu Batu Online ucapkan buat Datin Paduka Umie Aida kerana anak angkat sulungnya, Danial Firdaus, 24, sudah pun terima ijazah.

Dalam akaun facebooknya, Umie Aida telah meluahkan perasaan bangga terhadap pencapaian Danial yang telah berjaya menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian daripada Unisel.

Acara penerimaan ijazah itu telah disaksikan sendiri oleh Umie Aida dalam majlis konvokesyen Unisel yang sedang berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.
Selain Danial Firdaus, pelakon berkaliber ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 23.

umieaidaFB

Jelas Umie, pada usia seawal 20 tahun, dia sudah pun memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang disifatkannya sebagai berat.

Bagaikan seorang ibu tunggal, dia bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik serta membesarkan anak-anaknya. Dan kini, dia bangga dengan pencapaian anak-anaknya serta berharap mereka akan berjaya dunia dan akhirat.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply