Seriously Apa Korang Nak? – Uqasha Senrose Soal Netizen

Mesti korang terperanjat bila baca tajuk kat atas nih kan? Sebenarnya, inilah luahan hati pelakon jelita Uqasha Senrose terhadap netizen apabila mereka sering pertikaikan dengan bentuk fizikal badannya.

Kata Uqasha, sewaktu badannya masih kurus, ramai yang komen mengatakan dia nampak cengkung, tidak ada isi serta macam tulang. Malah ada yang kata, di antara dia dengan skeleton seperti sudah tiada bezanya.

Kini, apabila dia menaikkan sedikit badannya, orang kata dia nampak gemuklah, nampak tualah serta nampak macam mak orang anak tiga.

Komen-komen tersebut seakan membuatkan Uqasha bengang serta sedikit kecewa.

“Seriously apa korang nak ya? Tidak kisahlah saya gemuk atau kurus, asalkan saya happy okay? Korang jangan buat macam tuh. Tak baik cakap orang gemuk atau kurus. Tak bagus,”katanya dalam posting video di Instagram peribadinya @uqashasenrose2.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.