Pulau Pinang, Kedah Dilanda Banjir

Pulau Pinang dilanda banjir yang teruk dan kebanyakan tempat lumpuh. Ini akibat hujan tanpa henti selama 15jam. Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan banyak pokok dan beberapa kawasan ditenggelami air dan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hujan yang lebat berterusan menyebabkan paras air meningkat dan bertembung dengan air pasang mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas. Terkini hamper 2000 mangsa banjir di tempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir.

penang2

penang3

penang4.jpg

Bukan itu sahaja, Kuala Kedah turut mengalami nasib yang sama. Jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di KM 93.3 (Sungai Petani ke Gurun dan Gurun ke Sungai Petani) di kedua-dua arah ditutup bermula jam 12.20 malam tadi.

Ini ekoran air sedalam 2.5 meter dari Sungai Bongkok telah melimpah ke lebuh raya.

Hujan lebat masih turun ketika ini dan banjir dijangka akan lebih buruk ekoran paras air Sungai Muda dan Sungai Sik semakin meningkat.

Sumber Astro Awani

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Pulau Pinang, Kedah Dilanda Banjir”

Leave a Reply