Shila Amzah Bertunang

Sedang sibuk menonton Anugerah Skrin 2017, Team Jambu Batu menerima berita bahawa Shila Amzah telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya. Jejaka yang berjaya menambat hati Shila ini bekerja di London dan sebelum ini bekerja di The Star pada tahun 2015 sebagai wartawan.

Menurut bapa Shila, ND Lala, keluarga Haris Idraki Elias adalah kenalan lama mereka. Sikap Haris yang sentiasa merendah diri itu membuatkan mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

Setelah memenangi pertandingan di Shanghai, China 2012, Shila sentiasa berulang alik dari sana ke Malaysia. Rezeki jangan ditolak, kan. Lagi pun nama Shila sudah diterima di sana.

Ketika upacara pertunangan itu, sempat lagi Shila membuat live streaming melalui Youtube untuk tontonan para peminatnya.

 

Kami di Jambu Batu Online mengucapkan selamat bertunang dan selamat berjaya buat Shila. Cepat-cepat la kahwin!

Sumber dan foto : The Star

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply