Penganjur Majlis Pembukaan & Penutup Sukan SEA KL 2017 Tampil Berikan Kenyataan Media

Baru je hari tu Team Jambu Batu menulis tentang Datuk Zainal Abidin mengamuk sampai nak saman orang, semalam kami ternampak Datuk Zainal berkongsi di laman Facebooknya bahawa beliau tak jadi nak saman sebab bayaran pun dah diterima.

Alhamdulillah dapat selesakan secara baik antara mereka. Datuk Zainal pun dikatakan sudah bermaaf-maafan dengan pihak penganjur majlis penutup Sukan SEA KL 2017 iaitu Memories Entertainment Sdn Bhd.

Malah pihak Memories Entertainment turut mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu yang kecoh diperkatakan sejak seminggu yang lalu.

Ada banyak perkara yang kita boleh pelajari dari insiden ini. Kami berharap agar isu ini tidak berpanjangan dan semua yang menjayakan majlis pembukaan dan penutup temasya Sukan SEA KL 2017 mendapat hak masing-masing. Sayang jika isu ini terus memalit cerita negatif sedangkan penganjuran temasya sukan peringkat antarabangsa ini dikira berjaya dan boleh dibanggakan. Bak kata pepatah Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply