Napa Mas Idayu Tutup Muka? – Dato Seri Vida

Sebut sahaja nama Dato Seri Vida, kita sudah boleh bayangkan badannya yang sentiasa diliputi dengan barangan mewah. Segala jenama terkenal ada sahaja yang diperagakan oleh pengasas Pamoga dan Qu Puteh ini. Bukan itu sahaja Dato Seri Vida juga popular dengan lagu I Am Me. Lagu tersebut lama-kelamaan diterima ramai walaupun ada yang mengkritik. Tidak pula dihiraukan oleh Dato Seri.

Namun kami tertarik dengan satu video yang dikongsikan oleh Dato, mengenai Mas Idayu.

Nape Mas Idayu tutup.muka?.. Malu ko..lagu I am Me.. Ko boring dah..?

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Mas Idayu yang kini berada di Indonesia bagi memenuhi jemputan sebagai juri untuk rancangan realiti, D’Academy Asia. Salah satu komen dari video yang dikongsikan itu, mengatakan bahawa bukan Mas Idayu tidak menyukai lagu tersebut tetapi dia tidak boleh melihat tiap kali pengacara rancangan tersebut menyanyikan lagu I Am Me. Tetapi seperti biasa ada sahaja yang memberi komen negatif.

 

Biasalah Dato, ada yang suka dan ada yang tidak. Tetapi kita jangan buruk sangka. Tak begitu? Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Dan bagi netizen pula, tidak perlulah komen yang berlebihan ya.

Sumber : Instagram Dato’Seri Vida

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply