Korang Buat Apa Nih? – Zul Ariffin Tanya Zahirah, Kamal dan Emma

Teraju utama filem Tombiruo, Zul Ariffin akui dia tidak punya sebarang jawapan terhadap ‘kontroversi drama’  yang melibatkan  kekasihnya, Zahirah Mc Wilson dengan pasangan kekasih Kamal Adli dan Emma Maembong.

Dia juga mengakui lebih senang mengambil sikap untuk berdiam daripada memberikan sebarang komen.

“Sebab saya di tempoh untuk mempromosikan kerja saya. Untuk saya komen, untuk saya terlibat adalah suatu perkara yang patut mereka pertimbangkan,” katanya kepada Jambu Batu Online.

Ditanya sama ada dia percaya dengan kenyataan yang diberikan Zahirah, Zul memberitahu, biarlah dia sendiri sahaja yang menyimpan perkara itu.  Namun, dia mengakui tidak memahami kontroversi yang tercetus itu.

“Sepanjang tiga kali pertemuan, mereka berbincang. Saya datang mendengar untuk menjadi saksi. Saya rasa tak salah berbuat begitu. Saya hanya mampu mendengar. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Apa pun yang dijelaskan mereka, samalah dengan apa yang keluar di media.

“Tapi sama ada saya okey atau tidak dengan benda nih, adakah saya punya apa-apa pilihan? Kalau benda itu satu kesilapan saya move on, kalau ia bukan suatu kesilapan pun saya tetap akan move on. Tapi, terimas kasihlah kerana sudi untuk menjelaskan kepada saya,” katanya.

Kenyataan Zul Ariffin itu menimbulkan tanda-tanya. Malah, agak kontradik dengan kenyataan Zahirah yang sebelum ini memberitahu bahawa dia bersyukur bahawa Zul amat memahami dengan apa yang terjadi itu.

“Tak..saya tak faham,” kata Zul.

Malah, kata Zul, dia memiliki pertanyaan buat ketiga-tiga mereka itu.

“Korang buat apa nih? Adakah ini pasal pertandingan? Populariti? Atau nak eratkan silaturrahim? Adakah sebab nak promosi drama atau sebab lain yang saya sendiri tidak faham?

Jelas Zul Ariffin, kontroversi drama yang berlaku ini sememangnya sedikit-sebanyak telah menganggu perjalanan kerjaya seninya.

“Sekarang ini saya dalam tempoh mempromosikan filem dan saya mahu lakukan yang terbaik dalam kerjaya saya di dalam industry inii.

“Apa yang terjadi ini bukan sesuatu yang baik. Saya sendiri pernah melalui perkara-perkara ini. Ia tak bagus untuk kerjaya seseorang selebriti termasuklah bakat baru.

“Walau apapun, cubalah  kontrol diri anda di dalam dan di luar set. Kalau terlibat dengan drama, jayakan drama. Bukan buat drama,” katanya.

Tentang pernikahannya dengan Zahirah Mac Wilson yang dikatakan bakal berlangsung pada tahun hadapan, Zul berkata: “Tanya bapa dialah (Zahirah)”.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Korang Buat Apa Nih? – Zul Ariffin Tanya Zahirah, Kamal dan Emma”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.