Isma Halil Sudah Tekad Jadi Orang Pulau?

 

Nampak gayanya, penyampai radio Bapakku.FM, Isma Halil Hamzah sudah tekad untuk untuk jadi orang pulau. Isma telah memaklumkan sendiri tentang perkara tersebut menerusi fanpage, BapakkuFM  di laman sosial Facebook.

Menggunakan fanpage tersebut untuk berkomunikasi dengan sahabat serta pendengar Bapakku.FM, Isma yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penyampai radio lagu-lagu bergenre rock memberitahu bahawa dia kini sudah pun menetap di Kg Mukut, Pulau Tioman.

“Inilah kehidupan kampung…feri pun tak sampai ke kg ni..sapa-sapa nak datang sini, nak candat sotong atau nak diving, boleh whatsapp terus abang Isma,” katanya.

 

Isma Halil1

Tidak pasti apa yang menyebabkan Isma tekad mengambil keputusan untuk menjadi orang pulau. Namun, dalam posting tersebut dia ada menyatakan bahawa Bapakku.FM sudah sudah sedia untuk bersiaran di sana (Pulau Tioman).

Mungkin, itu adalah antara sebab utamanya. Namun, ini bukanlah kali pertama dia berbuat demikian. Sebelum ini pun, dia pernah menetap selama setahun di pulau tersebut sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk membangunkan operasi radio internet Bapakku.FM sepenuhnya.

 

ismahalil3

4 Nov 2017

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply