Hanyut dan Pesan Dari Tuhan Menang Besar di ASK 2017

Anugerah Skrin 2017 yang diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, menyaksikan kemenangan drama Pesan Dari Tuhan manakala bagi filem pula dimenangi oleh Hanyut. Selain dari itu, Erma Fatima memenangi Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik. Sama juga dengan filem, menerusi Hanyut, pengarah terkemuka, U-Wei Saari merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.


Selain dari itu Diana Danielle dan Khalid Salleh menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Hanyut. Bagi kategori drama, Hasnul Rahmat memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Kapcai Ayah dan Fasha Sandha pula bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Terima Kasih Ramadan.

Bagi Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik dimenangi oleh Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan) dan Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan). Manakala bagi filem pula Sangeeta Krishnasamy merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Adiwiraku. Dan Khir Rahman pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Rock Bro).

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2017

  1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama): Azizan Mahzan (Terima Kasih Ramadan/TV3)
  2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama): Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan/TV2)
  3. Rancangan Majalah Terbaik: Misi-K 2016 (Misi Kemanusian Pulau Cebu Filipina/ TV3)
  4. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Milenia 2017 Akhir (TV3)
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem): Diana Danielle (Hanyut)
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem): Khalid Salleh (Hanyut)
  7. Lakon Layar Terbaik: Uwei Hj Saari (Hanyut)
  8. Lakon TV Terbaik: Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan/ TV2)
  9. Pelakon Wanita Terbaik (Filem): Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
  10. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem): Khir Rahman (Rock Bro)
  11. Rancangan Anugerah Terbaik: TV3: Anugerah Juara Lagu 31
  12. Pelakon Wanita Terbaik (Drama): Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)
  13. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Hasnul Rahmat (Kapcai Untuk Ayah)
  14. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)
  15. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)
  16. Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang/ HyppTV)
  17. Pengarah Terbaik (Filem): Uwei Shaari (Hanyut)
  18. Pengarah Terbaik (Drama): Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan/TV2)
  19. Filem Terbaik: Hanyut
  20. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan

KEPUTUSAN PRELUDE ASK2017

  1. Rekabentuk Set Terbaik: Rentak Juara ke-17 Akhir (Siti Nur Mat Arip)
  2. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31 (Hafiz Mohd Nordin)
  3. Videografi Terbaik: Terima Kasih Ramadan
  4. Suntingan Terbaik: Mana Kawan Adik (Dzulkifli Shaari)
  5. Penata Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: 3 Juara (Nor Azhar Md Amin)
  6. Penata Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Anugerah Juara Lagu 31 (Nageswaran Ramanujem)
  7. Rancangan Dokumentari Terbaik: Jejak Rasul As Salam 2017 menerusi isu Batu Terapung (Mohd Fasil Mohd Idris)
  8. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini, Isu Khunsa (Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan)
  9. Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama, isu Ulat Parkir (Hafiz Rosli)
  10. Rancangan Hiburan Terbaik: Melodi Raya (Michelle Wee)
  11. Penyunting Drama Terbaik: Terima Kasih Ramadan
  12. Videografi Drama Terbaik: Mahligai Cinta (Mohd Adli Maaris)
    13. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Pergilah Air Mata (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

Sumber: mStar & TV3

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.