Warkah Buatmu Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 Minggu Kedua?

 

Pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik minggu pertama sudah pun berlalu pada 29 Oktober lalu yang mana lagu Sendiri ciptaan Faizal Tahir dan lirik Faizal Tahir bersama Mike Chan telah diangkat sebagai Lagu Terbaik di dalam pertandingan tersebut.

Kini, 10 lagi lagu akan berentap di dalam separuh akhir Muzik-Muzik minggu kedua yang akan bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kesemua 10 lagu tersebut adalah Drama Band & Haiza – Jangan Pernah Berdusta (Komposer & Lirik: Aepul Roza), Sufi Rashid – Aku Sanggup (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim),  Tomok & Black – Rempuh (Komposer: Omar K, Ezra Kong & John Jeevasingham/Lirik: Hael Husaini & Zel), Aizat Amdan – Jangan Menangis (Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan & Aizat Amdan)
 dan Sufian Suhaimi – Harus Aku (Komposer & Lirik: Sirkhan)

Turut bertanding adalah Floor88 – Zalikha (Komposer & Lirik: Zai Hamzah)
, Ara Johari – Warkah Untukmu (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)
, Aiman Tino – Permata Cinta (Komposer: Apit/Lirik: ACK), Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta (Komposer & Lirik: Ajai)
serta Siti Nordiana – Terus Mencintai (Komposer & Lirik: Nana Alias).

Adakah lagu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai yang dinyanyikan Dayang akan berpeluang untuk memenangi Lagu Terbaik Separuh AKhir Muzik-Muzik Minggu Kedua? Atau ia akan menjadi milik Warkah Untukmu ciptaan Hand Nadim, lirik oleh Laq serta dinyanyikan oleh Ara?

Apakah pilihan anda semua wahai pembaca Jambu Batu Online? Kongsikan pilihan anda dengan kami semua.

Terdahulu, lagu Sendiri yang sepatutnya dinyanyikan Faizal Tahir tetapi tugas itu diserahkan kepada Caliph Busker telah menewaskan 9 lagu lain yang bertanding dalam Separuh AKhir Muzik-Muzik Minggu Pertama untuk diangkat sebagai Lagu Terbaik.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik Minggu Kedua adalah Projector Band – Aisyah (Komposer & Lirik: Razif), Salma Asis – Akhirnya Cinta (Komposer: Ajai/Lirik: Slen),  Syamsul Yusof & Mawi – Bukan Propaganda (Komposer & Lirik: Syamsul Yusof),  Tajul Arif & Wany Hasrita – Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Komposer & Lirik: Patrick Khamis) serta Khai Bahar – Bayang (Komposer: Alam/Lirik: Anahoda).

Selebihnya adalah  Ayda Jebat – Mata (Komposer & Lirik: Audi Mok, Ayda Jebat & Shazee Ishak), Altimet – Amboi (Komposer: Navigator/Lirik: Altimet,  Hazama & The Penglipurlara – Aku Yang Sebenar (Komposer: M. Nasir/Lirik: Ad Samad)
serta Haqiem Rusli – Segalanya (Komposer & Lirik: Ibnu, Gouffran & Danny).

Persembahan minggu pertama telah diadili oleh juri professional AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Pentas Separuh AKhir Muzik-Muzik minggu pertama juga telah dimeriahkan dengan persembahan memukau Dayang Nurfaizah dengan lagu Lelaki Teragung, Raihan (Puji-Pujian dan Thank You Allah) serta Ning Baizura & Jaclyn Victor ( Dimana Dimana dan Beribu Sesalan).

3 November 2017

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.