Raja Afiq Suka Mainkan Perasaan Wanita?

 

Aduh! Baru nak jadi hero, dah keluar cerita yang buruk-buruk  pasal pelakon Raja Afiq. Kononnya, si Raja Afiq nih suka mainkan perasan wanita. Amboi, awak nih nak jadi playboy serta kasanova jugak ke? Inilah yang susahnya kalau dianugerahkan wajah yang hensem. Perempuan datang macam semut hurung gula.

 Jangan macam tuh. Tak baik mainkan perasaan orang. Kalau kena kat batang sendiri nanti baru tau. Bak kata orang, karma tu akan datang kat kita balik. Itu secara globallah, Kalau dalam Islam pulak, lebih afdal kalau kita gunakan perkataan kifarah.

Tapi, nanti dulu sebelum korang fikir yang bukan-bukan, biarlah Jambu Batu Online kasitau bahawa sikap kasanova si Raja Afiq itu adalah sekadar watak serta karektor yang perlu dibawakannya di dalam drama terbaharu TV3, Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang sudah  pun bersiaran menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, bermula 31 Oktober lalu.

Drama adaptasi novel sebanyak 32 episod terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd serta diarahkan ZulHuzaimy Marzuki ini mengetengahkan Raja Afiq DFKL dan Puteri Aishah sebagai tunjang utama dan dimantapkan lagi dengan barisan pelakon popularseperti Syazuwan Hassan DFKL, Julia Farhana Marin, Liza Abdullah, Jaja Illiyes DFKL dan NatasyaMahyan.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku berkisar tentang Luqman (Raja Afiq DFKL), seorang anak orang kaya yangcuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila (Puteri Aishah) setelah dicabar oleh Andrea (JuliaFarhana Marin), iaitu teman wanitanya sendiri. Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakan-akantidak serius dalam hubungan mereka.

Luqman sebenarnya berat hati untuk diijabkabulkan dengan Andrea, wanita pilihan orang tuanya itu. Bagi Luqman, cabaran ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang sentiasa mengongkong hidupnya.

Luqman dan Andrea telah menetapkan syarat untuk cabaran tersebut. Sekiranya, Luqman berjaya memenangi hati Nurin Karmila, mereka berdua akan putus hubungan. Namun, jika Luqman gagal untuk berbuat demikian, dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.

Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapannya itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.

Siapa sangka, semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan DFKL), iaitu lelaki yang pernah menyelamatkan dia dari nafsu Luqman dahulu. Benarkah Luqman mencintai Nurin Karmila? Siapakah antara mereka yang akan memiliki hati Nurin Karmila?

Jangan lupa menonton Lelaki Itu Pemilik Hatiku gandingan hebat Raja Afiq dan Puteri Aishah dalamslot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam hanya di TV3!

 

3 Nov 2017

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply