Rekaan “nasi lemak” versi baru untuk Miss Universe Malaysia

Kalau anda makan nasi lemak, pasti teringat sesuatu kan? Ya, sedang kecoh sekarang Miss Universe 2017 memakai dres berinspirasikan nasi lemak dalam membawa nama Malaysia ke mata dunia. Rata-rata ada yang mengkritik tidak kurang juga yang memuji kerana cubaan yang berani dari pereka fesyen tersebut.

Dress “nasi lemak” yang diperagakan oleh Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James ini sebenarnya rekaan dari Brian Khoo. Jika Brian menampilkan konsep sebegitu, lain pula pandangan mata Rafil Thazali seorang jurugambar fesyen.

Rafil telah berkongsi pendapat mengenai rekaan tersebut dan rasanya lebih sedap mata memandang.

 

Apa pendapat anda setelah melihat idea dari Rafil? Lagi nampak klass tersendiri dan elegan. Walaupun bukan seorang pereka fesyen tetapi hasil yang dilakukan oleh Rafil dengan menggunakan grafik dari komputer lagi nampak bertaraf antarabangsa.

Sumber Facebook Rafil Thazali

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.