Harris Baba saman butik terkenal!

Siapa tidak sayang anak! Luka sedikit mahu ibu dan bapa gelabah. Begitu yang terjadi kepada Harris Baba dan isteri apabila anak kesayangan mereka, Aleena Ziya ditimpa penutup lampu panas di pusat membeli-belah terkemuka. Harris telah berkongsi kekecewaanya itu di laman Instagram miliknya.

Teruk juga kalau diikutkan daripada apa yang dikongsikan oleh Harris. Khabarnya, Harris tetap akan menyaman pihak Louis Vuitton walaupun mereka telah memohon maaf atas kecuaian itu. Namun begitu Harris mempertahankan keputusan untuk menyaman LV atas sebab-sebab tertentu, bukan hanya wang semata-mata.

Maka dengan itu, netizen di luar sana jangan buruk sangka. Kadang-kadang main komen itu boleh mendatangkan fitnah juga. Chill!

Sumber : Instagram Harris Baba

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.