Fynn Jamal ambil anak angkat yang kedua

Siapa tidak kenal dengan Fynn Jamal, seorang penyanyi yang menampilkan lagu berbentuk puisi. Mempunyai pengikut yang tersendiri, Fynn boleh tersenyum kerana rata-rata peminatnya senang dengan imej yang dibawa oleh Fynn. Fynn menyebarkan muziknya dengan cara yang tersendiri. Walaupun berpurdah, itu tidak mendatangkan masalah. Malah Fynn serta suaminya, Tri Hadzir memiliki butik mereka sendiri iaitu Fynn Jamal RTW serta beberapa perniagaan yang lain.

Bakti Arjuna Fitri, seorang kanak-kanak autism ini telah membawa seri kepada kehidupan Fynn dan suami. Walaupun bukan darah daging sendiri tetapi Fynn menjaga Arjuna sepenuh hati. Andai ada yang tercuit di hati Arjuna, pasti Fynn turut merasai. Gelagat Arjuna juga sentiasa ditonton oleh pengikut Fynn di laman sosialnya.

Berusia 5 tahun, Arjuna dilayan seperti kanak-kanak biasa. Kita boleh lihat perkembangan Arjuna dari kecil sehinggalah terkini.

Terbaru, Fynn telah mengambil seorang lagi anak angkat. Nama yang diberi sangat unik iaitu Sakti Kencana Fitri. Unikkan namanya? Tak sabar pula rasa nak melihat Sakti membesar.

Apa-apa pun, tahniah Fynn dan Tri kerana mendapat anak angkat yang baru. Semoga Sakti menjadi anak solehah seperti juga Arjuna. Amin!

Sumber : Instagram Fynn Jamal

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply