Datuk Rosyam Nor Buka Pasaraya

Sebut sahaja Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, pasti wajah Datuk Rosyam Nor yang akan muncul. Beliau pemilik syarikat besar ini yang bukan sahaja menerbitkan drama dan sebagainya. Terbaru, menerusi temubual bersama radio IKIM.FM, Datuk Rosyam mahu berkongsi sesuatu yang baik untuk masyarakat.
Bermula 1 Disember 2017 ini, ST Rosyam Mart akan dibuka di Setiawangsa. Apa yang menarik, pasaraya tersebut menjual sekampit berat lima kilogram dan seekor ayam dengan harga RM1! Wow! Nampaknya nanti pasti ramai yang menyerbu pasaraya ST Rosyam Mart nanti. Sediakan wang yang cukup kerana mesti banyak keperluan yang bakal anda beli.
Menurut Rosyam, beliau menawarkan harga sebegitu kerana mahu membantu mereka yang kurang upaya dalam membeli barang keperluan masing-masing. Lagi pula dengan harga barang yang meningkat jadi dengan adanya ST Rosyam Mart sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

Semoga murah rezeki wahai Datuk Rosyam dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Kita tolong orang lain, nanti orang akan tolong kita juga.

Sumber Facebook IKIM.FM

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply