Aishah panik!

Penyertaan penyanyi ini di dalam Gegarvaganza musim ke empat ternyata memberi impak yang besar. Bukan sahaja peminat setianya tetapi dirinya sendiri. Wan Aishah Wan Ariffin, bukan nama yang asing bagi industri muzik tanahair. Bermula dengan menganggotai kumpulan Fan Club, nama Aishah sentiasa menjadi sebutan.

Setelah lama tidak muncul di kaca televisen, Aishah bersetuju untuk menyertai program popular yang menghimpunkan penyanyi terbaik Malaysia. Minggu pertama menyaksikan Aishah mengungguli tempat pertama dengan 96% markah. Bak kata juri tetap GV4, Dato’Ramli MS, minggu pertama adalah pengenalan, tetapi minggu seterusnya adalah pertandingan yang sebenar.

Disebalik konsert minggu pertama, ada perkara yang anda semua tidak tahu telah berlaku terhadap Aishah. Aishah berkongsi perasaannya di akaun Facebook miliknya.

Hari ni cuti….perghhhh..pengalaman minggu pertama dlm.GV4 mengingatkan I pada usia I hahahahah.I was thinking…minggu pertama sungguh mencabar…Mcm.lagu Celine Dion Its All Coming Back To Me Now…the craziness, sometimes madness in production of a concert mengajar kita disiplin utk bersabar,bertolak ansur dan keep cool.Hehe minggu pertama ni I tunggu lama wo hohoho sampai nak terlelap pun ada.Kerana I ni kan old school hahaha pertama kali I pakai ear monitor…alaahai akak tak biaso dik oiii…you all percaya tak kalau I katakan yg malam semalam I nyanyi byk ikut instinct kerana dlm telinga I, I rasa suara I jauh .Panic sekejap,buatnya pulak just sebelum I naik ke pentas,pelawak ndon yg satu saiz dgn I tu jatuh otw.nak turun balik ke side stage.Lagilah nervous semacam…dah start nyanyi nak turun tangga ada asap la pulaaaaakkkk….hadoiiiiii….cabaran betul…Bila i tak berapa dengar I rasa mcm tak perform my best huhuhu…and dari pentas or maybe jugak I yg rabun..I tak nampak org bangun..until rasanya Nabil sebut baru I perasan.That was really something else…sangat terharu..rasa nak nangis tapi control macho takut nanti org kata emotional sgtlah pulak hahahaha…anyway terima kasih semua penyokong yg dtg.menyokong,juga pada semua yg memberikan sokongan selama ini…ok dahh…hakak nak tidur balik…today is my sleeping day zzzzzxzzzzz…..

 

 

Walau bagaimana pun persembahan Aishah memang hebat pada Ahad lalu. Kita nantikan minggu kedua, bagaimana pula dia membawakan lagu Dingin nyanyian asal Ziana Zain. Pasti anda tidak sabar, bukan?

Sumber : Facebook Aishah

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.