Zainal Abidin mengamuk sampai nak saman?

Semalam, Team Jambu Batu tengah belek newsfeed Facebook, tiba-tiba ternampak status yang dikongsikan Datuk Zainal Abidin. Apa kes?

Dalam kenyataannya melalui laman Facebook, Datuk Zainal telah melantik peguam dan tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman terhadap pihak penganjur majlis penutup Sukan SEA KL 2017, sekiranya bayaran penuh tidak diterima sebelum waktu perniagaan berakhir pada hari Khamis ini. Bukan itu sahaja, Datuk Zainal juga menyeru rakan-rakan artis yang senasib dengannya untuk turut serta bersama-sama beliau dalam menuntut hak mereka.

“Memang jumlah wang yang terlibat tidak besar tetapi ini bukan pasal wang  sahaja tetapi ini berkaitan dengan prinsip. Para pemuzik dan artis itu tidak boleh diambil mudah begitu sahaja. Mereka juga profesional. Mereka juga harus dihormati untuk perkhidmatan mereka, terutama dalam acara nasional seperti majlis penutup Sukan SEA”, kata Datuk Zainal Abidin.

Menerusi kenyataannya kepada Malaysiakini pada hari Ahad, 29 Oktober yang lalu, Datuk Zainal mendakwa beliau dan segelintir artis yang terlibat masih belum menerima apa-apa bayaran daripada pihak penganjur yang mengendalikan majlis penutup Sukan SEA KL 2017 pada malam 30 Ogos yang lalu. Datuk Zainal menyifatkan mereka dilayan seperti bola yang ditendang sana sini. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk menuntut haknya.

Isu ini mula menjadi perhatian selepas penyanyi dan pelakon, Adibah Noor berkongsi mengenainya di Twitter pada hari Ahad, 29 Oktober yang lalu.

Namun begitu, dalam pada masa yang sama Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) mengeluarkan kenyataan semalam bahawa semua pembayaran yang belum dijelaskan kepada pihak yang terlibat dalam majlis penutup Sukan SEA KL 2017 akan diselesaikan menjelang akhir bulan November ini.

Dah la lewat 2 bulan, kena tunggu lagi 1 bulan? Mungkin sebab kenyataan ini lah yang menyebabkan Datuk Zainal bagi tempoh masa pada pihak penganjur untuk menyelesaikan dalam kadar segera.

Team Jambu Batu harap pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikan isu ini secara berhemah. Tak perlulah sampai saman-menyaman. Kita saling perlu memerlukan. Tanpa artis, tak berseri la majlis penutup Sukan SEA KL 2017. Tanpa undangan dari pihak penganjur, tak dapatlah peluang buat persembahan untuk acara berprestij seperti Sukan SEA KL 2017 itu. Diharapnya untuk masa yang akan datang, penganjuran acara-acara sebegini akan diuruskan dengan lebih baik.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Zainal Abidin mengamuk sampai nak saman?”

Leave a Reply