Aaisyah terpaku dipertemukan dengan Zul Ariffin!

Keletahnya sentiasa diperhatikan dan diperkatakan. Kecomelan si kecil ini menarik perhatian ramai. Hari ini (1November 2017), anak kesayangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan menyambut hari lahir yang ketiga. Sambutan hari lahir Aaisyah Dhia Rana tersangatlah meriah. Kehadiran ahli keluarga, sahabat handai membuktikan bahawa Aaisyah disayangi ramai.

Apa yang mencuit hati ialah, Aaisyah telah mendapat “hadiah” istimewa yang tidak dijangka. Jika anda mengikuti Instagram Aaisyah, pasti anda tahu satu video yang mana Aaisyah mahu berlakon dengan pelakon kegilaan ramai, Zul Ariffin. Kemudian dia tidak mahu pula berlakon dengan Zul kerana Zul mempunyai misai!

Video Aaisyah yang “kejung” dipertemukan dengan “kekasih hati” telah mendapat lebih daripada 500,000 view.

Selamat hari lahir buat Aaisyah. Semoga menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy! Untung dapat hadiah yang banyak. Silap haribulan, sebulan sambutan hari lahir si comel ini!

Sumber : Instagram @aaisyahdhiarana111

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply