“Saya ingin mencuba nasib dan buat kemunculan semula” – Mafarikha sertai Asia’s Got Talent

Ingatkah anda kepada Mafa, bekas naib juara prgram realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2011? Setelah bebarapa kali percubaannya menempatkan diri dalam industri muzik menemui kegagalan, Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir kini mencuba nasib dalam program pencarian bakat paling popular di dunia, Asia’s Got Talent.

“Saya ingin mencuba nasib dan buat kemunculan semula”. Begitulah jawapan Mafarikha ketika diajukan soalan tujuan dia menyertai program tersebut.

Dalam video pengenalan sebelum persembahan, Mafarikha menyebut tentang jerih perih yang dia lalui selama 4 tahun dalam industri muzik. Mafarikha yang mula berhenti menyanyi sejak tahun lepas, mengimpikan agar dapat mengekalkan kerjaya nyayiannya.

Mafarikha berkata “Saya menyertai Asia’s Got Talent ini kerana sudah tiba masanya untuk saya menyanyi semula”.

Mafarikha tampil di pentas Asia’s Got Talent dengan mendendangkan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey. Persembahan Mafarikha berjaya membuat hadirin termasuk juri-juri Asia’s Got Talent bangun dan memberikan tepuk sanjungan.

Ternyata percaturan Mafarikha berbaloi, apabila dia menerima tiga ‘YES’ daripada ketiga-tiga juri dan seterusnya melayakkan dia ke peringkat seterusnya. Bukan calang-calang orang yang memberikan ‘YES’ kepada Mafarikha, mereka adalah nama-nama besar dalam industri hiburan dunia iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park.

Team Jambu Batu ingin mengucapkan tahniah buat Mafarikha kerana berjaya membawa nama Malaysia dalam pertandingan berprestij itu. Semoga pentas ini dapat membuka mata peminat-peminat seni tanahair. #KeepSinging, Mafarikha!

Saksikan video persembahan Mafarikha di Asia’s Got Talent.

 

P/S: Team Jambu Batu suka betul dengan lagu ciptaan dan nyanyian Mafarikha berjudul “Tolong” yang pernah popular sekitar tahun 2014 yang juga merupakan runut bunyi untuk dua buah drama tempatan; Cerita Cinta Kita dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Sayang jika bakat penulisan lagu dan nyanyian Mafarikha diabaikan begitu saja.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply