Hubungan Saya Dengan Zul Ariffin Tiada Masalah – Zahirah Mc Wilson

Pelakon jelita, Zahirah Mc Wilson memberitahu bahawa dia masih lagi menjalinkan hubungan cinta dengan Zul Ariffin.

Zahirah Mc Wilson bekata demikian sewaktu diwawancara Metro TV berikutan isu kontroversi yang  melibatkan pasangan pelakon Kamal Adli dengan Emma Maembong.

Terdahulu, Zahirah dikatakan punca hubungan pasangan pelakon ini retak sehingga  hubungan mereka putus.

“Saya dengan Zul tiada masalah. Walaupun atas semua yang terjadi ini. Memang tiada masalah. Lagipun dia ada bersama-sama ketika saya berjumpa dengan Emma serta Kamal untuk menjelaskan dengan apa yang berlaku,” katanya.

Begitupun dia mengakui bahawa dia tidak perlu melibatkan Zul di dalam sidang media yang berlaku hari ini .

“Saya tidak perlu back up. Saya rasa saya boleh handle masalah ini. Lagipun, ini bukan masalah Zul. Jadi, biarlah saya selesaikan sendiri perkara ini.

“Tapi, ketika ini saya berasakan seolah-olah semua orang menunding jari terhadap diri saya. Jadi, saya terpaksa bersuara untuk pertahankan diri saya.

“Tiada ada apa-apa benda yang saya hendak sorokkan. Kalau saya ada benda yang saya hendak sorok, tidka mungkin saya jumpa Emma atau bercakap dengan Emma.

“Bagi saya, dalam hal ini, Kamal yang tidak jujur kerana tidak menceritakan hal sebenar tentang wrap party dan sebagainya. So, saya tak boleh jawab perkara ini bagi pihak Kamal,” katanya.

Menurut Zahirah lagi, sebagai wanita, dia memahami apa yang dirasai oleh Emma dan dia juga tidak pernah memusuhi pelakon kelahiran Terengganu itu.

“Kalau Kamal kata saya terhegeh-hegeh kat dia, tentu Emma rasa akan bersuara serta bertindak sebegitu.

“Tentang Kamal, saya takde apa nak cakap. Saya rasa ditikam serta dimanipulasi olehnya. Dia buat seolah-olah seperti saya ada apa-apa dengannya. Sedangkan tiada apa-apa yang berlaku.

“Saya bersyukur kerana Zul amat memahami dengan semua yang terjadi ini,” katanya lagi.

Sumber: Metro TV

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply