Iqa Mentor Derita Sakit Urat Saraf Kronik?

Tengah baik punya stalked FB untuk mengetahui perkembangan terkini selebriti tanah air kita, tiba-tiba news feed Jambu Batu dibanjiri posting-posting rakan-rakan FB yang berusaha untuk mendapat bantuan kewangan buat penyanyi Iqa Mentor.

Team Jambu Batu pun terus check it out akaun page Iqa Mentor dengan segera dan ternampak posting gambar Iqa yang sedang  terlantar sakit di hospital. Aduh, nampak teruk betul. Kenapa boleh jadi begini?

Dalam posting gambar ada  mesej yang memberitau bahawa Iqa Mentor terlantar sakit kerana menghidap penyakit tulang belakang serta urat saraf kronik. Kasihannya…

Malah, dia juga memohon bantuan kewangan untuk merawat penyakitnya itu dengan menyertakan sekali nombor akaun banknya.

Team Jambu Batu kita semua akan dapat membantu Iqa Mentor. Biar kecil mana sumbangan, asal dapat membantu apa salahnya. Kebajikan juga namanya.

Malah, team Jambu Batu juga berharap akan ada pihak persatuan hiburan serta rakan-rakan selebriti yang dapat membantu meringankan penderitaan Iqa Mentor.

Semoga Allah SWT mempermudahkan kesulitan Iqa serta meringankan penderitaanya sakitnya itu.

Bantuan boleh disalurkan ke nombor akaun yang tertera ini.
img

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply