Gelaran Siti Nurhaliza Sekarang, Datuk Seri!

PEKAN: Tahniah Team Jambu Batu ucapkan buat penyanyi terkemuka negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza kerana telah dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Gelaran tersebut diberikan sempena meraikan ulang tahun Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, hari ini.

Dalam posting Instagram yang dimuatnaik Siti Nurhaliza, dia terlebih dahulu merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang  di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang.

“Sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.

“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya.

“Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza. Sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku,” katanya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.