Gegar Vaganza 4: Ramai Pilih Jadi Team #Aishah dan #LizaHanim ?

KL, 24 OKT 2017: Belum pun Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) bermula, kehangatannya sudah pun mula terasa. Malah, ramai juga yang membuat kenyataan secara terang-terangan tentang calon artis yang bakal mereka sokong di dalam program realiti nyanyian tersebut.

Menariknya, penyanyi lagenda, Aishah serta Liza Hanim adalah antara nama yang kerap disebut serta menjadi favourite kebanyakan peminat dunia seni. Ini tidaklah menghairankan kerana kedua-dua penyanyi ini memang memiliki vokal yang cukup powerful serta hebat.

Sudah tentu kehadiran mereka di GV4 cukup dinanti-nantikan Terlebih pula, kedua-dua mereka jarang sekali muncul dalam program hiburan di TV serta acara yang melibatkan majlis anugerah.

Aishah serta Liza Hanim adalah antara peserta yang bakal menjayakan program GV4. Turut menjayakan program realiti ini adalah Syura, Elyana, Raja Azura, Haida Hafiz, Hazami, Aqasha, Tia Jinbara serta Lan Kristal.

Buat pertama kali juga, GV4 turut membuka ruang kepada penyanyi dari negara jiran untuk menyertai program realiti ini iaitu Firman Siagian mewakili Indonesia, manakala Ferhad (Singapura).

Jangan lupa nantikan konsert mingguan GV4 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, 29 Oktober ini. 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.