PEKAN: Selain Datuk Siti Nurhaliza (kini Datuk Seri Siti Nurhaliza), beberapa selebriti tanah air turut menerima anugerah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulangtahun Kelahiran Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, hari ini.
Antaranya adalah Datuk Eizlan Yusof . Beliau turut dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Dalam posting IG yang dimuatnaik Datuk Eizlan, dia menyifatkan kurniaan darjat ini sebagai suatu rezeki buat dirinya yang amat kerdil ini.
Manakala, pereka fesyen Jovian Mandagie yang juga adalaa Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd telah dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.
Dipetik daripada kenyataan di posting IG miliknya, Jovian terlebih dahulu merafak sembah serta menjunjung kasih kepada KDYMM Sultan Pahang, KDYTM Pemangku Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang serta semua kerabat diraja Pahang di atas pengurniaan itu.
“Darjah kurnia ini adalah hadiah paling besar untuk kami sekeluarga, team kerja patik di @JovianMandagie serta mewakili industri Fesyen di Malaysia. Daulat Tuanku! Semoga Allah sentiasa melindungi KDYMM Tuanku Sultan serta semua kerabat diraja. Alhamdulillah,” katanya.
Turut menerima gelaran yang sama (Datuk) adalah pelakon kacak, Adi Putra. Beliau yang merupakan penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society telah dianugerahkan Darjah Ind
Dalam posting IG yang dimuat naik Adi, dia memberitahu bahawa anugerah itu adalah buat ibu bapa keluarga serta peminatnya.
“Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yg adi tercinta, Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi,” katanya.
Datuk Seri Sti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Jovian Mandagie serta Datuk Adi Putra adalah antara 101 individu yang menerima darjah kebesaran Pahang.